hujan panas
Saturday, December 13, 2008 | 9:17 PM | 0 hearts♥
hujan panas... situasi ketika panas terik dan tiba-tiba x memasal hujan... tiada mendung, ribut.. hujan.. tapi seketika..hurm.. ramai ckp hujan panas neh ad makna t'tentu.. contohnya, ketika hari itu hujan panas, maka ada la seseorang akan meninggal dunia pada hari itu...
kamu semua percaya x? ak? ntahla... nak cakap p'caya nanti dikatakan ak neh syirik, sesat plak.. tapi kalo ckp x p'caya.. x boleyh jugak cz situasi neh pnah b'laku kat ak... 2 kali... salah satu nya..
------------------------------------------------------------------------------------
pas isyak tadi.. ak pergi ke bilik kecik.. cadang nya mao ambik some pix kt choctop dea.. smpai jew kt blik, dea twus tarik ak keluar.. t'pinga-pinga.. rasa bengang pon ad.. pehal lak minah neh??! then, ak pon ckp la tujuan sebenar ak dtg blik dea.. then dea ckp, kemudian la, cz jee (iaitu rumate dea) bawu dpt kabaran dari kg yg ibunya baru meninggal...
innalilla..
tu jew yg ak sggup ucap kan time tu.. speechless... then, ak balik ke bilik... t'fikir.. bawu beberapa jam tadi kami b'gembira habess.. walaupon di pekan tg malim, bukan mid, pavi, bb n etc.. sekadar pergi mencuci mata, pergi ke pasar malam, makan di gerai... sepanjang tu, kami asek gelak jewh.. non-stop yuh... dan jee plak bawu jew balik dr kg then twus join kami... hurm.. hujan panas? ketika ak, atul, ina n kecik otw dari poli ke tg malim, tiba2 hujan panas... lebat sungguh! t'detik di hatiku..
'hujan panas'...
------------------------------------------------------------------------------------
situasi ke-2... iaitu tahun lepas.. bulan mac 2hari sebelum tahun baru cina tahun 2007... ak xkan lupa.. cz masa tu la ak kehilangan seorang oyang yg amat-amat la dikasihi oleh seluruh pemilie ak..
ak egt lagi.. masa tu tgh tggu pemilie ak pick ak kat tech.. kerna parents ak b'cdang nk twus balek kg lepas pick ak kat ipoh... masa tggu pemilie ak, hujan panas turun.. renyai-renyai... detik hati ak..'hujan panas.. urm, ada org meninggal hari nieh'..
hampir ke angka 7 bawu la pemilie ak smpai tech utk pick ak... ak tarik muka cz t'paksa tggu 6 jam lebeyh... kemudian mak ak ajak g shopping, ak senyum balek... kami shopping sekejap di ipoh sebelum continue journey balik ke kg...
kami da nak hampir susur keluar kuala kangsar.. tibe-tibe ciktune(macik ak) bg mcg kt mak, ckp oyang sakit tenat.. kami semua bagai x p'caya.. cz oyang x penah mengalami masalah kesihatan.. dea sihat walafiat! ayah ak twus menaikkan angka meter kereta... semua kereta dea ptong... EMERGENCY! ak twus mcg ciktune, update pasal oyang yg kini berada di pusat kesihatan lenggong..
sesampai jew di lenggong, kami twus g pusat kesihatan, oyang dan lain2 masih lagi di situ.. mereka tgh tggu drebar ambulance.. ak b'salam semua ada di situ.. ak x sggup tgk oyang lama2.. dea sedang nazak.. btol2 nazak.. begitu susah dea hendak menghirup dan menghembus nafas.. ak lari ke kereta.. menitik air mata.. angah pon macam tu... tibe-tibe adik ku fahmi.. b'tnya kpd mak..
'mak, oyang akan mati ke?'
paaaangg, twus saja ak tampar mulut nya... masa tu ak x dpt fikir ngan rasional.. budak kecik b'kata begitu, mcm dowg tahu ap maksud 'mati', dan bukan mereka pinta jadi begitu, mereka juz tnya soalan yg sedang b'main di minda mereka... fahmi menangis, lari masuk ke dlm kereta..
ak kembali ke katil yg menempatkan oyang ak.. ku pegang erat tgn nya.. dea pandang ak, hanya mengangguk.. jatuh lagi air mata ku.. kemudian, semua nya sudah sedia.. ak twus mengoferkan diri utk meneman oyang ke hospital dgn opah ak.. ak duduk di sebelah oyang, pgang erat tangan nya... sepanjang perjalanan, ak menangis smbil b'doa kpd tuhan yg maha esa..
' janganlah kau bawa pergi oyangku.. tolonglah'
dan yg plg ak sedih sekali, di saat oyang ak nazak.. oyang ak masih mahu membaca surah-surah suci al-quran.. subhanallah.. kuatkan hambamu ini.. namun, nurse melarang oyang ku bercakap, lalu dea letak cover mulut ngan mengandungi oksigen ke mulutnya...
sampai sahaja di hospital k. kangsar.. oyang ditempatkan icu.. agak lama juga doktor memeriksa oyang ak.. sehinggakan semua pemilie ak dr kg sudah smpai.. kemudian, seorang doktor wanita menarik tgn mak ak, ak ikut sekali..
'dea akan pergi pada bile-bile masa sahaja.. saya cadangkan puan bwk balik opah puan pulang ke rumah.. biarlah dea pergi dgn aman'
t'duduk ak diwatnya.. kami dibenarkan melawat oyang... di dada nya ad byk wayar b'tampal2, mulutnya ditutup dgn cover mulut yg mengandungi oksigen, tangan nya sudah dimasukkan air.. oyang masih lagi boleh t'senyum melihat kami semua... ak menangis... b'lari keluar.. b'doa lagi...
'tuhan, ku merayu'
kemudian mak ak decide nk bwk balik oyang ke rumah di kg..
'biarlah kami menjaganya..' katanya
oyang dimasukkan di ambulan balik.. kali ini, tokcik ak nk meneman oyang ak... ak pasrah.. naik kereta dgn mak ak... agak lama menunggu ambulan b'gerak... ak mengeluh.. kemudian setelah ambulan tu b'gerak, kami follow dr blkang... sesampai saja di rumah, ak twus ke ambulan... hancur luluh hati ak tika melihat kaen batik menutupi muka oyang ak...
'oyang!'
ayah terus menangis dan hampir jatuh.. ayah dukung oyang smpai ke katil.. tubuh keding itu kaku di atas katil... opah ak twus ke bilik tidur, keluar kembali, bersamanya dgn cadar yg agak pelik bgku..
'pah(opah) ckp, kalo dea meninggal, dea swuh gune cadar neh lapik kan dea' opah hulurkan cadar itu kpd mak ak..
ah, wase hati ak disiat-siat.. t'lalu pedih.. oyang seperti tahu ajalnya sudah tiba...opah ceritakan kpd mak ak, yg oyang semalam sihat walafiat.. tiada tanda lgsg saket atau ap.. oyang ciap cari siput di sungai bersama-sama pacik ku.. luluh hati ak mendengar nya... semuanya sudah ditentukan... esoknya, selepas zohor, oyang selamat dikebumikan.. mak ak ckp, kubur oyang luas... oyang dikebumikan di sebelah kakak sulungnya iaitu tok long...
-----------------------------------------------------------------------------------
adakah ini satu kebetulan atau mmg satu petanda bahawa hujan panas ini akan membawa makna ad org akan meninggal pd hari itu.. waallahhualam...
------------------------------------------------------------------------------------
hujan panas.. bermula dgn mentari yg hangat.. dan tiba-tiba hujan turun .. meragut semua kehangatan matahari...
begitu juga situasi yg berlaku.. bermula dgn keriangan, kegembiraan, keseronokan... dan semua itu mudah sgt diragut dgn berita pemergian seseorang mghadap ilahi.....
------------------------------------------------------------------------------------
semoga oyang, tok long dan mak jee berada di kalangan org2 yg soleha
al-fatihah